8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan
Hye semua, hari ni kita ubah topik pula ya. Memandangkan
saya belum kahwin ni. Apa kata saya share
tips memilih barang hantaran pula kan?Hehe. Saya tahu mesti ada anak bujang dan
anak dara yang tengah buat persiapan kahwin ni.
Macam saya tak ada calon lagi ni. Saje nak buat persiapan
dulu. Mana tahu jodoh sampai dalam masa terdekat ni kan? Jodohkan rahsia tuhan,
hanya tuhan yang tahu. Eh, itu lirik lagu. Haha. Okey, jom kita layan tips ni
dulu.
Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan
diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit sebanyak
panduan dan senarai semak untuk proses pertunangan dan juga perkahwinan.
Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai
untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan?
Alahai peningnya, jangan risau saya akan kongsi tips yang sesuai boleh
dijadikan panduan untuk anda.
Tips memilih barang hantaran
1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang
disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh
jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung
si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli
bersama-sama.
2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah
pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah
mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini
sekadar contoh sahaja.
3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu
banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan
melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai
diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat,
Kasut+bag tangan).
4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada
kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak
lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut,
beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga
manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat
si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan
tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak
muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama
untuk kesemua dulang hantaran.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang
terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz
yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau
kecil.
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set
hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk
hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda
tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna
hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang
hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
Sirih Junjung
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
Kasut
Buah-buahan
Kek/Kek Cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
Mas kahwin/Duit Hantaran
Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
Tepak sirih
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Potpourri/Bunga Rampai
Jam tangan
Kasut
Telekung
Beg Tangan
Set wangian /Barang mekap
Buah-buhan
Kek/Kek Cawan/ Coklat
P/S: Senarai barangan secara umum, terpulang pada
citarasa pasangan dan yang paling penting budget. Janganlah nak beli
macam-macam tapi kos tak cukup atau terlebih ke sini. Naya nanti.
Comments
Post a Comment