10 Makanan di Terengganu Yang Buat Anda Meleleh
Siapa sini yang kaki
makan? Suka try makanan baharu? Anda dikehendaki datang ke Terengganu!Hehe
Terengganu? Bila
cerita sahaja pasal makanan negeri penyu ini, ramai yang akan terbayang keropok
lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau
nak dikeropokkan! Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi
makanan famous di Terengganu yang bikin air liur kawan anda
meleleh.
Kalau anda sediri pun
masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap
gila!
1. Ketupat Sotong
Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini
berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya,
yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja.
Ketupat sotong memang
popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut
cuba rasa kelazatanan ketupat sotong ini jika berkunjung ke
Terengganu. Sotong padat berisi pulut di dalamnya dengan rasa kuah
berlemak ini memang menjilat jari.
2. Ikan Singgang
Simple tapi power, itu cukup untuk terangkan betapa
sedapnya menu bersahaja ini. Ikan singgang antara makanan popular di kawasan
Pantai Timur.
Biasanya dimakan
bersama nasi putih dan budu. Sup kunyit ringkas ini memang sedap, lebih-lebih
lagi dimakan ketika ditemani hujan. Memang syok.
3. Ikan Celup Tepung
Garing
Ikan celup tepung Terengganu berbeza dengan tempat yang lain, ikan celup tepung
Terengganu digoreng dengan resepi rahsia.
Kerangupan ikan celup
tepung di Terengganu buat setiap gigitan anda terus melekat di hati. Nak tahu
rasanya macam-mana? yang itu anda kena datang sendiri ke Terengganu. Biasanya
dimakan bersama air lada atau cili sos.
Kalau di Peneng ada Laksa Peneng, di Terenggau pula ada Laksam! Laksam menu
berasaskan gandum yang dimakan bersama kuah santan.
Rasa lemak-lemak manis
disertakan dengan sayur, belacan dan cili boh. Cara makan tradisional untuk
dapat feel yang lebih enak mestilah dimakan dengan tangan,
bukan sudu.
Salah satu snek popular di Terengganu. Sata diperbuat daripada ikan segar yang
dikisar bersama beberapa bahan yang lain, diantaranya cili padi dan kelapa.
Kemudian dibungkus dengan daun pisang kemudian dibakar.
Biasanya terdapat di
gerai tepi jalan. Jangan terkejut pula jika lihat orang dari jauh pun sanggup
datang ke Terengganu semata-mata mahu makan sata. Memang berbisa betul
makanan ni, resepi turun-temurun.
6. Kayu Keramat
Dijamin tidak keras dan sangat sedap. Kuih kayu keramat ini lebih kurang
seperti kuih cakoi, tapi dimakan kosong begitu sahaja. Rasanya pula sedikit
manis, memang sedap dicicah bersama kopi atau teh.
Artistik betul nama
kuih yang satu ini, rupa bentuk seakan-akan kuih seri muka. Kuih 2 lapis,
sekaya dan pulut ini memang boleh buat anda kemaruk teruk sehingga menjilat
jari. Tok Aji Serban antara kuih tradisi yang patut anda cuba jika ke
Terengganu, biasanya dijual pada waktu pagi.
8. Beke Ubi Kayu
Beke ubi kayu juga antara kuih popular di Terengganu, sangat popular ketika
bulan Ramadhan.
Diperbuat dari ubi
kayu yang diparut, kelapa, gula pasir, gula merah dan tepung gandum. Kuih ini
antara yang digemari oleh orang-orang terengganu dan mengimbau zaman
kanak-kanak mereka.
9. Nekbat Sira
Sekali pandang memang
nampak macam kuih bahulu, jangan terkeliru pula. Nebat sira ini rasanya sangat
manis, ia merupakan pencuci mulut resepi tradisional Terengganu.
10. Nasi Dagang
Nasi dagang menu paling meletop di Terengganu, tak sah kalau anda datang ke Terengganu kalau tak cuba makan nasi dangang.
Nasi dagang menu paling meletop di Terengganu, tak sah kalau anda datang ke Terengganu kalau tak cuba makan nasi dangang.
Sekarang pun kalau
dilihat, di mana-mana sahaja sudah ada nasi dangang, tapi kalau mahu rasa yang
original mestilah datang ke Terengganu, betul tak?Jangan lupa datang
Terengganu, menu makanan di atas sedang menanti anda semua.Hehe. Selamat
bercuti!
Comments
Post a Comment