6 Faktor Usahawan Gagal Capai Target
Hye semua! Hari ni saya nak share pasal bisnes ya. Ilmu ini
boleh dapat di mana-mana sebenarnya. Lagi-lagi kalau anda pergi seminar
perniagaan. Banyak sifu yang berpengalaman share pengalaman dan tip untuk
menjadi usahawan yang berjaya.
Tapi hari ini mood saya tengah happy ni, saya belanja anda
semua berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan cabaran menjadi usahawan.
Ia lebih kepada faktor-faktor yang menyebabkan anda gagal mencapai target yang
diinginkan.
Bertahun-tahun bisnes. Pelbagai strategi dan teknik telah
digunapakai dalam bisnes tetapi mengapa bisnes tetap di tahap yang sama? Apa
yang tidak kena dengan bisnes anda atau sebenarnya berpunca daripada anda
sendiri? Sedar atau tidak ada ramai pemilik bisnes yang telah membuang masa
dengan melakukan perkara berikut. Jom kita lihat apakah faktor-faktor itu!
1 Multitasking
Walaupun ramai yang mengatakan bagus sekiranya anda mampu
menjadi ‘multitasking’, hakikatnya ‘multitasking’ menjadikan hasil kerja anda
akan menjadi kurang efisien kerana melakukan pelbagai perkara dalam satu masa
akan memberi kesan buruk kepada produktiviti.
Produktiviti akan berkurang lantaran mengejar masa untuk
menyelesaikan semua perkara dalam satu masa. Secara tidak langsung fokus dan perhatian
ke atas sesuatu perkara akan terbantut. Jadi gunakan 100% kebolehan anda untuk
menyelesaikan satu perkara agar ia lebih efektif.
2 Tiada matlamat yang jelas
Apa matlamat bisnes anda? Sebaiknya matlamat itu haruslah
disasarkan untuk jangka masa panjang supaya anda akan sentiasa mencari ruang
dan peluang untuk mengembangkan bisnes. Bisnes anda ‘stuck’ di tahap yang sama
bertahun-tahun jika tiada matlamat yang jelas mengapa anda melakukan bisnes
tersebut.
Adakah anda melakukan bisnes sekadar cukup untuk meneruskan
kehidupan dan mengelak dari makan gaji? Atau anda mahu empayar bisnes
membuatkan anda mencapai ke tahap anda benar-benar bebas hutang? Rancang
sebaiknya matlamat anda dengan jelas supaya anda dan team anda tahu ke mana
arah tuju bisnes yang dijalankan.
3 Gangguan dunia internet
Internet memang akan membuatkan anda hilang fokus kerana
segalanya menjadi mudah diakses dihujung jari anda seperti hiburan, sukan,
‘shopping’, media sosial, online video dan sebagainya. Kekal fokus terhadap
kerja anda dengan menetapkan masa 40 hingga 60 minit hanya untuk kerja. Jauhkan
diri dengan gangguan luaran yang boleh merosakkan konsentrasi anda ketika
melakukan kerja.
4 Terlalu Banyak Rehat
Jangan terlalu manjakan diri dengan mengelakkan diri
menyelesaikan sesuatu kerja. Rehat yang terlalu banyak akan meminimumkan
produktiviti anda untuk berjaya. Kejap-kejap minum kopi, makan snek, main
telefon dan akhirnya anda sukar untuk kekalkan fokus pada momentum yang sama.
Sama seperti enjin yang sudah lama tidak ‘start’ makan masa untuk dihidupkan
semula.
5 Suasana kerja yang tidak tersusun
Bila meja pun serabut dengan nota yang sukar dikenalpasti.
Bila fail-fail pada desktop dalam komputer tunggang-langgang. Bila ruang
bekerja penuh dengan fail dan kertas tidak tersusun. Itu punca kenapa anda
telah membuang masa untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Anda akan mengambil
masa yang lama untuk mencari dokumen berkaitan kerja yang anda lakukan. Itu
sangat merugikan bisnes. ‘Time is money’.
6 Ego Mencari Ilmu
Ini adalah faktor yang paling merbahaya pada bisnes anda.
Jika seseorang pemilik bisnes merasakan dirinya sudah cukup pandai dan sudah
cukup bagus dalam menguruskan perniagaan mereka maka mereka akan mudah
kecundang sebenarnya.
Sedangkan usahawan-usahawan berjaya juga mempunyai mentor
untuk mereka dapatkan panduan dan bimbingan dalam usaha mengembangkan lagi
empayar bisnes mereka. Takkan kita lagi mendongak ke langit kerana selesa
dengan kedudukan sekarang. Maka perbaiki kelemahan bisnes kita dengan mencari
ilmu dan bimbingan yang sewajarnya jika anda mahu berjaya.
Comments
Post a Comment