5 Cara Protect Dari Bankrap Dalam Perniagaan
Anda tahu kan, kalau kita berniaga banyak rezeki yang
menunggu kita. Selagi perniagaan kita di landasan yang betul mengikut syariat,
In sya Allah tuhan tolong.
Dibantu pula dengan plan perniagaan yang sistematik,
kuat mental dan fizikal, berani menanggung risiko dan ini semua merupakan perasa
dalam perniagaan tersebut.
Seorang pemegang ijazah muda perniagaan dengan modal yang
cukup berhajat untuk berniaga. Tetapi, baru setengah pengal dalam berniaga,
sudah mengalami kerugian. Kemudian, bangkit lagi dengan produk baru.
Kali ini kena tipu dengan pengilang. Belum serik, cuba lagi
dengan pelbagai strategi yang dipelajari waktu di universiti. Akan tetapi tetap
mengalami kerugian. Akhirnya terduduk , tangan didahi, hutang sana sini. Pernah
tak anda lalui semua ini?
Kadang-kadang ada yang mencuba berpuluh-puluh perniagaan
sekalipun tetap rugi. Bermacam – macam kaedah dirancang tapi kegagalan yang
asyik diraih. Syabas untuk anda yang pernah jatuh tersungkur tanpa serik dek
kerana kekentalan jiwa untuk berniaga.
Bagaimana pula yang hanya sekali acah-acah berniaga, tapi
sales meletup? Ada tak? Tidak mustahil ia memang terjadi tapi jarang-jarang. Pendek
kata, kena bersakit-sakit dahulu, kemudian bersenang- senang kemudian.
Macam mana yang acah-acah berniaga boleh berjaya sedangkan
mereka bukanlah graduan daripada mana-mana university atau kolej. Berpegang
pada sijil rendah pelajaran sahaja mampu berjaya. Dek kerana merasakan diri
kurang pandai dalam hal perniagaan, mereka lebih mudah menerima tunjuk ajar
daripada orang yang berpengalaman.
1-Buang Ego Dan Syok Sendiri
Anda wajib buang perasaan ego dan syok sendiri dalam diri.
Disebabkan 2 perkara ini, kita merasakan diri sentiasa hebat, tahu serba-serbi.
Melaburlah sedikit untuk ilmu perniagan seperti bengkel Sifufbads, Roket Emel
dan banyak lagi kelas formula bisnes.
Jika kesempitan wang, anda boleh memilih untuk menyertai
kelas daripada MDEC, Magic yang menyediakan platform yang sama. Mereka sangat
suka untuk berkongsi ilmu perniagaan dan menjadikan anda lebih berjaya.
Gabungkan apa yang dipelajari di universiti dengan ilmu
daripada bengkel pengajar di luar. Tidak rugi pun malahan banyak sangat yang
akan dipelajari dan dipraktiskan. Bukan sahaja ilmu pemasaran, malah pengurusan
syarikat dan kewangan. Lakukanlah sekarang!
2-Jauhkan Daripada Semua Jenis Pelaburan Segera
Kalau dulu skim cepat kaya yang mula diperkenalkan dan
menjadi isu hangat bila ada yang jadi OKB dan ada juga yang tinggal sehelai
sepinggan kerana ditipu. Ingatkan dah serik. Rupanya makin banyak tumbuh macam
cendawan selepas hujan.
Semuanya sebab nak kaya dengan cepat. Maka, inilah jalan
terbaik untuk menjadi jutawan segera dengan modal kecil tapi keuntungan 3 kali
ganda. Melabur rm100, pulangan rm300 secara konsisten selama 12 bulan.
Kemudian boleh top up untuk pulangan lagi besar. Siapa yang
tak nak kan? Sebaik sahaja upgrade pakej baru, masuk bulan ke 5, tiba sistem
kena upgrade, pulangan kena tunggu, lewat berbulan-bulan,website pun hilang,
tuan tuan tanah sekali lesap.
Terduduk lagi sekali. Fikir nak selesaikan pinjaman bank,
cagar tanah,emas untuk pelaburan. Pulangan yang dijanjikan kononnya untuk
tambah modal perniagaan. Sekali menjadi beban.
Sekarang ini, mereka mensasarkan pelajar-pelajar universiti
kerana senang untuk dipengaruhi menggunakan pinjaman pengajian yang diberikan.
Nasib tak baik, semua pinjaman dilabur lesap satu sen tak dapat.
Tetapi ada yang masih belum serik dan masih berani untuk
mengambil risiko. Majlis Fatwa kebangsaan dah menfatwakan pelaburan ini haram kerana tidak mengikut
hukum syarak. Pelaburan ini yang bersifat penipuan, gharar,riba,dan judi.
Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya.buang angan-angan
kosong menjadi jutawan segera melalui pelaburan haram ini. Hentikan pelaburan
ini. Banyak lagi cara yang halal unutk menjadi kaya. Setiap kemahuan, anda
harus bijak tentukan.
3-Elak Jenis Pinjaman Ketika Mulakan Perniagaan
Modal adalah menjadi faktor utama untuk memulakan
perniagaan. Modal besar atau kecil tetap memerlukan sumber kewangan. Cara mudah
buatlah “easy loan “ dengan mana-mana bank yang banyak menawarkan pakej
menarik. Memang sangat mudah. Tidak perlu tunggu lama untuk menerima duit.
Hanya membawa kad pengenalan dan statement KWSP, nah duit
sudah dikreditkan dalam akaun anda. Wah, gembira bukan kepalang. Kalau bisnes
beroperasi dengan baik, tersusunlah pembayaran kalau tidak? Mana mahu menggagau
mencari duit?
Pinjam duit Ah Long hanya tambah masalah bukan selesaikan.
Silap-silap satu keluarga terima padah.
Jangan obses untuk cepat kaya. Cuba menapak pelahan-lahan
.Ibarat bayi yang kecil belajar untuk berjalan. Kenapa sakitkan kepala mencari
sumber kewangan yang besar?
Apa kata cuba pinjam dengan ahli keluarga terdekat. Untung
kalau mereka turut membantu. Kalau yang berkeluarga sederhana mungkin agar
sukar untuk memperolehi dana. Tapi jangan putus asa. Ramai “jutawan online”
diluar sana memulakan dengan perniagan kecil kecilan.
Mula berniaga tanpa modal. Tanpa modal? Bunyi macam tak
logik. Budak-budak sekolah mampu buat.Kenapa kita tidak? Buat saja “ dropship”.
“No money, can talk” . Maksudnya tak ada modal, tapi kena rajin berkomunikasi
menggunakan media sosial.
Menjual produk dengan untung atas angin. Produk terjual,
duit pun dapat. Upah yang dapat dikumpulkan dan boleh upgrade kepada agen atau
stokis. Nah, nampak tak perjalanannya? Dropship kepada agen, kemudian stokis.
Belajar bagaimana memulakan perniagaan melalui pembukaan
stokis. Bermodalkan duit sendiri, anda pasti berpuas hati untuk mencipta jenama
sendiri satu hari nanti. Yang penting, anda bebas daripada hutang.
4-Belajar Merendah Diri
Satu hari nanti anda sudah berjaya, jangan mudah bertukar
menjadi orang lain. Setiap kejayaan yang Allah hadiahkan itu adalah ujian. Lagi
banyak kekayaan, lagi banyak ujian. Orang kata “tangan emas Midas”. Sentuh apa
pun,semua menjadi duit. Elakkan daripada sikap bermegah-megah.
Walaupun perniagaan anda sudah besar, stabil dan mempunyai ramai
pelanggan tetap, sentiasa merasakan rendah diri. Kejayaan anda hari ini
disebabkan Allah yang menggerakkan hati pelanggan anda datang membeli dan
menyokong anda.
Sentiasa mahu menerima teguran untuk menambahbaik
perniagaan.
Jangan terlalu gembira dengan menerima pujian yang boleh
menimbulkan rasa riak, cepat berpuas hati, hebat dan terbaik. Anda tidak tahu
mungkin satu hari nanti anda akan jatuh kembali lebih teruk daripada waktu
memulakan perniagaan dek termakan pujian hingga memakan usaha untuk kekal
berjaya.
5-Kawal Transaksi Kewangan
Duit masuk banyak bukan penentu
menjadi ada seorang yang kaya dan berjaya. Lagi banyak untung, lagi banyak
keluar.Akhirnya, tanpa sedar jatuh muflis. Setiap sen keuntungan yang diperoleh
harus dikawal dan diuruskan dengan betul.
Ikut perbelanjaan yang telah ditetapkan. Selesaikan apa
sepatutnya didahulukan. Letak tepi dulu bab berlibur. Pastikan kewangan tidak
bolos dan bocor. Anda kena kuat dan berdisiplin melihat nilai angka dalam akaun
syarikat.
Ingat! Itu bukan duit anda walaupun anda pemilik tunggal
syarikat, anda adalah pekerja kepada syarikat anda sendiri dan pemberi makan
gaji.
Sebagai muslim, keutamaan keuntungan wajib dikongsi dengan
asnaf dan golongan yang memerlukan. Zakat tidak akan memiskin anda malah diberi
kerahmatan dan rezeki mencurah-curah.
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah
zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”-An nur : 56
Belanjawan lain yang harus diselesaikan seperti cukai,
caruman dan gaji pekerja, insurans, kos overhead dan sebagainya. Bagaimana
pentingnya pengurusan kewangan syarikat ini supaya anda boleh merancang untuk
sasaran perniagaan akan datang.
Seorang usahawan yang berjaya adalah sentiasa mempunyai
perancangan perniagaan akan datang. Senaraikan apa yang anda akan jayakan untuk
penggal ke 5 perniagaan.
Andaikata anda ingin memperluaskan empayar membuka beberapa
cawangan, telitikan kos peruntukkan yang akan digunakan. Ketepikan sejumlah
simpanan sekarang untuk pelaburan akan datang.
Sudah jadi satu trend masa kini, bila usahawan online yang
sedang meningkat naik mudah terdorong membeli kereta mewah , melancong sana
sini. padahal perniagaanya baru saja memperolehi keuntungan cukup-cukup makan.
Tak salah membeli kereta mewah atau berlibur. Tapi apa
salahnya keuntungan tahun pertama itu jangan diliburkan dahulu. Laburkan untuk
perkembangan perniagaan anda. Biar jadi miskin sebelum kaya bukan kaya sebelum
miskin.
Comments
Post a Comment