5 Persoalan Jika Mahu Kahwin Muda
Kahwin? Perkara biasa dalam kitaran manusia. Tapi, yang
menjadi luar biasa adalah bila sesorang itu kahwin di usia muda. Pasti menjadi
bualan hangat dalam masyarakat. Sebab bagi masyarakat kita, kahwin muda ni
banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kan? Jom kita kupas pasal
kahwin muda ni. Layan!
Jangan salah faham, isu kahwin muda yang bakal dibincangkan
di sini tiada kena mengena dengan perkahwinan bawah umur ya. Untuk lebih jelas,
kahwin muda di sini adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia seawal
20-an. Jadi apakah berkahwin muda jalan yang paling tepat untuk dipilih? Jika
anda masih keliru, jangan risau, saya ada sedikit panduan untuk dikongsi.
1. Ada Orang Yang Menemani Sepanjang Hidup
Untungnya bila berkahwin muda, dialah yang ada dengan kita
waktu suka dan duka termasuklah masa kita pegang skrol graduasi di konvokesyen
Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita
menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat
untuknya, dari dulu sampai sekarang semua memori berharga dapat dikongsi
bersama!
Meskipun ramai yang bingung dengan keadaan hidup yang masih
belum terurus kerana masing-masing baru hendak kenal hidup, tiada apa yang
perlu dirisaukan sangat sebenarnya. Kamu dan pasangan yang baru berkahwin
sepatutnya perlu duduk dan berbincang.
Cari jalan untuk
meneruskan hidup dengan cara terbaik. Inilah masanya untuk kamu dan si dia mula
menjadi matang dan belajar berdikikari dalam bahtera perkahwinan yang baru
dibina.
Kekangan untuk pasangan muda berkahwin adalah kerana
kewangan yang masih belum stabil. Namun jika kamu cukup bijak, dengan
pendapatan yang sedikit itu apabila digabungkan bersama pendapat pasangan, kamu
sebenarnya boleh berjimat dan dalam masa yang sama merangka perbelanjaan cara
baharu yang melibatkan kedua-dua belah pihak.
Baik bayaran bil mahupun duit sewaan rumah dan perbelanjaan
asas harian seperti makanan umpamanya, kamu dan pasangan boleh bergilir-gilir
dan membahagikan tanggungjawab masing-masing. Sambil itu, boleh wujudkan tabung
kecemasa untuk simpanan akan datang.
4. Persediaan Mempunyai Anak?
Inilah untungnya bila berkahwin muda. Anak-anak akan cepat
membesar seiring dengan kemampuan diri kamu. Keadaan kamu yang masih muda sudah
tentu mampu melayan karenah anak bahkan bisa membesarkan mereka dengan segala
macam nikmat kerana kamu masih mampu bekerja dan membiayai keperluannya secukup
mungkin.
5. Tak Bosan Ke Terhadap Pasangan?
Memanglah kamu sudah mengenalinya sejak bertahun lalu. Bila
dah kahwin kamu pasti mahu hidup sehingga tua dengannya. Ramai bertanya apakah
seseorang itu tidak akan bosan terhadap pasangan yang sudah terlalu lama
dikenalinya itu? Tidak sama sekali.
Asalkan keduanya pandai menyeimbangkan situasi dalam rumah
tangga, tidak mengabaikan keperluan seksual pasangan serta bijak menggunakan
emosi untuk mengambil hati pasangan, perasaan bosan tidak akan wujud pun.
Menurut kajian, pasangan yang sudah kenal sejak dari bangku sekolah dan
kemudian berkahwin kurang berisiko untuk bercerai bahkan dikatakan lebih
bahagia tau!
Walau apa pun, sesebuah hubungan memerlukan tindak balas dari
kedua-dua pasangan. Ia memerlukan masa dan usaha dari kedua belah pihak dan
barulah kebahagiaan akan tercipta. Pada yang nak berkahwin tak lama lagi tu,
saya mengucapkan selamat pegantin baharu! Semoga bahagia sampai syurga.
Comments
Post a Comment