Gabungan Vintage Dan Moden Meletopkan Fesyen Batik




Sudah sedia maklum Batik memang sudah lama berada dalam masyarakat Melayu Malaysia dan Indonesia. Tapi apa yang kita lupa ialah dari segi fesyen dan design yang ada pada batik itu sendiri.

Masyarakat masih dipengaruhi dengan sentimen pemikiran yang mengatakan bahawa fesyen Batik masih seperti dulu dan tidak mengikut perkembangan semasa.

Tapi itu dulu, sekarang industri batik sudah berlumba-lumba untuk menempatkan diri dalam dunia fesyen. Buktinya, kalau kita lihat hari ini mesti ada vendor batik join event Fashion Show yang dianjurkan.

Hasilnya kita dapat lihat hari ini sudah menjadi trend pemakaian baju kemeja batik lelaki terutamanya melibatkan majlis-majlis keramaian. Tidak kurang hebat juga kaum wanita. Mereka mengenakan pemakaian batik dengan disunting elemen-elemen moden pada pakaian mereka.

Ramai yang beranggapan bahawa fesyen batik merupakan sesuatu fesyen yang ketinggalan zaman, betul tak? Tetapi kami di Noor Arfa ingin menyatakan yang tanggapan ini adalah tidak benar sama sekali.

Sebenarnya mudah sahaja untuk menggayakan sesuatu konsep lama yang nampak moden. Petua utamanya ialah untuk menggabungkan sesuatu corak yang kompleks seperti batik dengan sesuatu yang ringkas (minimal).

Bagi memahami konsep ‘moden meets traditional’ ini, lihatlah beberapa contoh bergambar yang telah kami sediakan:








 




















 

























                                    

 












 














Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Nak Kelihatan Yakin Ketika Berucap

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer