Gagal Jadi Guru Tidak Patahkan Semangat Noor Hijerah




Noor Hijerah  merupakan pelatih awal Wan Ariffin. Boleh dikatakan mereka berdua masih baru di jabatan Kraftangan tersebut ketika mereka bertemu. Namun hanya berbeza situasi dan konteks sahaja iaitu Noor Hijerah sebagai pelatih dan Wan Ariffin pula sebagai tenaga pengajar.

Apa yang menariknya ialah Noor Hijerah sendiri sebenarnya tak minat untuk belajar di pusat latihan tersebut ketika itu. Perkara yang membuatkan beliau tak tumpu sangat ke arah batik pada masa itu ialah kerana beliau percaya boleh jadi cikgu suatu hari nanti.

Bagi mengorak langkah sebagai seorang cikgu, beliau sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi pada masa itu. Dari SPM beliau meneruskan hingga ke STPM. Bila dah habis pengajian beliau terus apply untuk pemohonan guru. Semangat menjadi cikgu itu tak pernah luntur dalam hidup beliau.

Tapi malangnya, boleh dikatakan semua pemohonan beliau gagal. Puas beliau membuat pemohonan sebagai guru tapi tetap tak dapat. Mungkin rezeki yang diimpikan itu berada di lain bidang. Dan yang pasti Tuhan menyediakan rezeki yang lebih baik pada waktu yang sesuai. Bak kata pepatah Melayu, “rezeki tidak pernah salah alamat”.

Asyik Noor Hijerah bercerita tentang kisahnya, sempat Wan Ariffin berceloteh mengenai dirinya yang selalu berdoa agar Noor Hijerah tak dapat jadi cikgu. Beliau buat  begitu sebab ingin berkahwin dengan Noor Hijerah dan buat batik bersamanya. Hehe.

Setelah tidak putus-putus membuat pemohonan untuk jadi guru akhirnya Noor Hijerah give up. Beliau merasakan cikgu bukan jalan hidupnya lagi. Pasti ada rezeki dan jalan hidup yang ditetapkan. Namun, Di sebalik kedukaan ada kegembiraan yang tersembunyi.

Noor Hijerah telah bersetuju menerima lamaran daripada Wan Ariffin untuk menjadi isterinya. Berita ini pastinya memberikan kepuasan kepada Wan Ariffin. Kerana sudah empat tahun beliau menunggu jawapan Noor Hijerah. Sungguh kuat ikatan cinta Wan Ariffin kepada Noor Hijerah.

Mereka raikan cinta bersama di Terengganu. Wan Ariffin bawa balik Noor Hijerah ke Terengganu untuk hidup bersamanya. Mereka plan untuk menjalankan industri batik bersama. 

Pada masa itu Wan Ariffin hanya sebatang kara kerana ibunya telah lama meninggal dunia. Tinggal lah pasangan pengantin baharu ini menjalani kehidupan bersama dengan berbekalkan ilmu batik untuk diangkat ke persada dunia.



Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Nak Kelihatan Yakin Ketika Berucap

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer