4 Basic Plan Kewangan Yang Anda Patut Tahu



Kita hidup di dunia ni perlukan perancangan yang rapi. Tidak kira lah dari segi kewangan, sosial dan pengurusan semuanya perlu sistematik.


Hakikat kehidupan ini tidak akan selalu senang dan kita harus sering bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku tanpa keinginan.
Namun masih ada yang terleka dan memandang enteng perkara ini tanpa ada persiapan untuk masa hadapan. Anda wajib sensitif terhadap perlindungan untuk diri sendiri dan orang tersayang.
Bagaimana jika kita tidak mampu bekerja disebabkan musibah yang berlaku dan mengalami kecacatan kekal ataupun meninggal dunia?
Berikut adalah 4 bentuk perlindungan asas yang wajib kita ketahui.
 1- Perlindungan Pendapatan Kita
Ya! Memang Takaful!  “Ala..Takaful sama saja dengan simpan duit dalam tabung, bank pun!”. Membeli takaful dengan menyimpan di bank ada perbezaannya. Ibarat menabung dalam tabungan ayam.
Tetapi menyimpan secara manual ataupun konservertif tidak mendatangkan kelebihan selain memperoleh jumlah terkumpul.  Tapi bagaimana takaful melindungi pendapatan sepanjang hayat?
Ringkasnya, perlindungan pendapatan adalah pelan takaful yang menyediakan sumber pengumpulan daripada jumlah pendapatan bilamana kita tidak lagi mampu untuk meneruskan pekerjaan dalam tempoh yang lama kerana disebabkan kecacatan atau kematian.
Maka, waris yang masih hidup harus meneruskan kehidupan seperti biasa dengan pelan perlindungan yang telah disediakan oleh pemegang polisi  tersebut. Sekurang-kurangnya kehidupan pewaris tidak terbeban untuk kelangsungan hidup.
 2- Perlindungan Kesihatan Yang Komprehensif
Ini adalah pelan takaful yang lengkap dengan perlindungan kesihatan, kemalangan serta penyakit kritikal. Sebenarnya kita sedia maklum kos perubatan kini kian meningkat dari tahun ke tahun sebanyak 15%.
Tapi kita masih rasa terbeban dengan sumbangan kecil untuk diri sendiri dan orang tersayang. Bayangkan anda mahupun orang tersayang disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal? Atau ditimpa kecelakaan? Memerlukan pembedahan dengan kadar segera.
Bagaimana pula dengan kos susulan rawatan? Rujukan pakar perubatan? Ubat-ubatan? Ketegangan minda dan saraf pasti berperang waktu itu kerana terbeban dengan jumlah wang dan nilai kehidupan.
Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sediakan payung sebelum hujan. Masih belum terlambat dan cepat  dapatkan pelan perlindungan dengan segera melalui syarikat takaful di Malaysia.
3- Pengurusan Kewangan Untuk Pelan Pendidikan
Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran dan melangkah ke peringkat university atau kolej. Masing-masing berlumba membuktikan kejayaan anak-anak kepada orang sekeliling.
Harus diingat, anak-anak juga adalah salah satu pelaburan. Pelaburan yang sangat mahal sebelum dilahirkan sehingga dewasa. Tidak dinafikan, sememangnya ibu bapa peka terhadap kesihatan anak-anak.
Memastikan anak-anak mendapat suntikan berkala, menyediakan pelan kesihatan yang komprehensif, menjaga pemakanan dan seumpamanya.
Namun, bab kepekaan pelan pendidikan tidak serius diambil berbanding dengan kesihatan. Berapa ramai pemohon pinjaman gagal mendapat kelulusan pinjaman daripada badan pemimjam kerajaan mahupun institusi kewangan.
Tidak dinafikan juga yang memohon biasiswa turut gagal mendapat pembiayaan pendidikan. Ini kerana ramai permintaan melebihi tabungan. Maka, terjadilah kes gadai mengadai harta pusaka, pinjam meminjam daripada kaum keluarga, along. Lebih menyedihkan bila niat untuk menyambung pengajian terpaksa dibatalkan kerana faktor kewangan.
Simpanan tabung ayam atau dalam akaun bank sudah pasti tidak cukup menampung kos pembelajaran sehingga tamat pengajian berikutan dengan peningkatan kos sara hidup yang lain.
Sebagai ibu bapa, kita haruslah menabung untuk mereka seawal usia bayi untuk permulaan perancangan pra-sekolah,sekolah rendah dan keperingkat seterusnya.
Setiap penabungan yang berlandaskan perlindungan adalah selamat  kerana mempunyai pelan perlindungan cacat kekal dan kematian.
Objektif perancangan simpanan pendidikan ini mengurangi beban disaat keperluan, menyimpan pada awal usia, memberi kebebasan anak-anak untuk menanggung bebanan hutang selepas graduasi. Secara tidak langsung mendidik anak anak displin untuk menabung ke arah kebaikan.
4- Simpanan Untuk Persaraan Kita
Perancangan simpanan persaraan wajib dirancang seawal permulaan kerjaya. Ketepikan dahulu keinginan dan dahului keperluan untuk masa depan. Isu duit persaraan tidak cukup memang sinonim oleh golongan pesara di Malaysia.
Bagi mereka yang mempunyai akaun skim persaraan mungkin sedikit bernafas lega kerana aliran kewangan beterusan selepas bersara. Namun, bagaimana pula dengan skim KWSP?
Biasanya pesara daripada syarikat swasta yang sering mengalami kesempitan sebelum waktunya. Ini kerana terpedaya kegembiraan dengan jumlah yang bakal diterima untuk dilaburkan dalam perancangan, perniagaan, pelaburan, hartanah dengan membuta tuli tanpa strategi.
Pelaburan ke arah itu tidak salah, tetapi pelaksanaan itu di buat tanpa strategi. Tanpa ilmu dan strategi, tidak mustahil pelaburan anda akan melebur dengan percuma.
Kenapa pentingnya pelaburan ini? Simpanan persaraan ini membantu bakal pesara merancang aktiviti selepas persaraan kelak. Sebagi contoh, mengejarkan ibadah haji atau umrah, melancong, membeli hartanah, memperkembangkan perniagaan dan pelaburan.
Secara langsung, membiayai kos kehidupan seharian seolah masih bekerja dan bergaji.  Pelan simpanan ini juga membantu bakal pesara merancang dan mengira berapakah nilai yang kewangan yang diperlukan mengikut keperluan hidup mereka.
Kita juga bebas memilih untuk melabur dalam jangka masa panjang dan tempoh tertentu. Jadi, apa lagi? Rancanglah dari awal aktiviti yang bakal dilaksanakan diwaktu persaraan dengan tabungan yang kukuh.
Walaupun tidak makan gaji tetapi pekerjaan sebagai usahawan adalah sukar. Masa depan yang tidak dapat diramal dan perniagaan adalah dunia yang penuh risiko. Jadi anda wajib merancang perjalanan hidup anda hingga pencen. dengan perancang kewangan anda.


Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Nak Kelihatan Yakin Ketika Berucap

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer