Posts

Showing posts from December, 2018

Dalam Tak Sedar, Anda Mungkin Seorang Pembunuh!

Image
Boleh dikatakan sekarang berlaku lambakan batik Indonesia. Terutamanya baju kemeja batik lelaki yang kini tengah viral di media-media sosial. Kenapa kita nak agungkan produk batik luar sedangkan kita ada batik Malaysia? Kita sendiri yang menyebabkan ia suram dan mungkin akan mati terus! Lebih baik kita mengutamakan corak atau design batik Malaysia itu sendiri. Seni itu indah bila kita sendiri yang mengindahkannya. Ini lah sebab utama Noor Arfa gerakkan kempen merancakkan seni batik Malaysia. Kami mulakan langkah dengan memperbanyakkan corak atau design batik Malaysia. Nama Noor Arfa memang sudah tidak asing lagi dalam industri batik. Lebih 30 tahun dalam industri ini. Tanggungjawab memartabatkan seni batik dipikul dengan penuh kosisten. Pelbagai cara Noor Arfa lakukan untuk merancakkan seni batik Malaysia. Perlu diingatkan yang Noor Arfa sedang memelihara batik Malaysia dengan cara mengambil design- design batik original dan mencetak semula dengan  banyak. Dan in

Pelamin Air Mata, Jumpa Adib Di Syurga

Image
Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga. Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian. Dua gambar kad jemputan perkahwinan yang dikatakan milik anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan pasangannya tular di media sosial sebaik berita mengenai kematian Allahyarham di Institut Jantung Negara diketahui umum. Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kad-kad tersebut namun ia tetap mengundang kesedihan di kalangan netizen. Umum mengetahui, majlis perkahwinan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu ini bersama tunangnya Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25, di Alor Setar, Kedah. 20 hari bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paru-paru akibat dipukul oleh perusuh dalam kejadian tragedi rusuhan di Kuil, USJ 25. Namun, Allah nyata lebih menyayanginya dan beliau pergi bersama dengan kesedihan seluruh

Heboh! James Bond Berlakon di Malaysia

Image
Kecoh baru-baru ini bila James Bond turun ke Malaysia! James Bond ada misi yang nak diselesaikan di Noor Arfa Craft Complex (NACC) Cendering. Beliau turun dengan  bodyguard   nya untuk jayakan satu misi berserta dengan kerjasama dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Event ini diberi nama  The Great Get Together 25th Silver Jubilee Anniversary 2018  yang dijayakan pada 9hb Disember 2018 di Hotel Everly Putrajaya. Jom klik  play  video kat bawah ni untuk tengok lakonan mantap James Bond!

Suami Redha Gaji Isteri Hanya RM 150 Sebulan

Image
“Pada mulanya gaji isteri saya hanya RM150 sebulan. Semua keuntungan syarikat kami tidak pernah ambil untuk kepentingan peribadi. Duit yang masuk setiap hari dijaga oleh kerani akaun”. Itu lah antara pergorbanan pengasas Noor Arfa Batik. Pasangan suami isteri ini begitu cekal melayari cabaran dalam berniaga. Mereka tidak sesuka hati menggunakan wang dari keuntungan bisnes mereka. Noor Arfa batik tercetus dari idea pasangan suami isteri iaitu Wan Ariffin dan Noor Hijerah. Asalnya mereka memulakan perniagaanya secara kecil-kecilan di Bandar Terengganu. Jom kita layan story Noor Arfa   yang diceritakan sendiri oleh mereka.   Setelah kami kahwin, saya masih belum mampu berhenti kerja. Jadi isteri saya memulakan perusahaan batik dari rumah menggunakan jenama Noor Hijerah, sempena namanya. Selepas waktu kerja saya membantu beliau. Tugas mencari bahan mentah adalah saya. Jadi saya membawa kereta sekali dalam seminggu atau dua minggu sekali, bermula jam 3 pagi dari Ku

Market Positioning Jadikan Noor Arfa Eksklusif & Mewah

Image
Pada mulanya pembuat batik sarung di Terengganu ketawakan kami. Mereka kata siapa nak pakai batik bunga besar  dan warna yang berani. Sebelum memulakan perusahaan, kami membuat kajian pasaran. Kami lihat terlalu ramai pengusaha membuat batik sarung. Corak dan kaedah   mereka sama. Jadi persaingan sangat sengit. Oleh itu kami membuat keputusan untuk membuat batik yang tiada pesaing iaitu batik eksklusif. Kami mencipta Batik Lukis Tangan. Oleh kerana kami membuat market positioning Noor Arfa sedemikian rupa, maka kami tiada masalah walaupun harga kami jauh lebih tinggi. Sebab itu kami tidak mahu menjual produk kami di pasar-pasar. Produk kami bukan biasa-biasa. Anda boleh try sendiri. Sekali kami kata produk kami eksklusif dan mewah maknanya kami bukan sekadar cakap sahaja. Kami akan pastikan ia betul-betul berkualiti bermula dari penggunaan benang lagi. Walaupun keluaran batik kami eksklusif tetapi kami bukan lah lahir sebagai syarikat mewah. Sebaliknya ia lahir

Dari Seorang Peniaga Kuih Kepada Usahawan Batik Berjaya

Image
Walaupun ramai ahli keluarga saya berniaga, tetapi tiada seorang pun yang terlibat dalam membuat batik. Dari kecil, sewaktu di sekolah lagi saya sudah membantu nenek dan mak saya menghantar kuih ke kedai sebelah pagi dan mengambil balik wang serta kuih yang tidak laku balik ke rumah sebelah petangnya. Cita-cita saya adalah untuk menjadi jurutera ataupun arkitek. Tetapi cita-cita tidak kesampaian. Tiada rezeki. Selepas mendapat keputusan MCE pada tahun 1973, saya terus bekerja dengan Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan (PKPT) di bawah MARA di Kuala Terengganu dalam bidang membuat batik. Inilah permulaan dunia saya bersama batik. Sewaktu di PKPT saya menimba segala ilmu teknikal membuat batik dari jenis kain, membancuh warna, membancuh lilin, melukis corak, membuat blok, mencelup, merebus, mencanting, menggosok dan sebagainya. Pendek kata saya menjadi mahir cara-cara membuat batik dari mula hingga akhir, termasuk juga di mana mendapatkan bekalan kain, warna dan lilin sert

Noor Arfa Mahu Setanding Dengan Gucci & Guess

Image
Berani. Inilah istilah yang sesuai bagi pemilik Noor Arfa Batik. Jika tidak kerana keberanian Wan Ariffin bersama isterinya, Noor Hijerah tidak mungkin lahir sebuah syarikat pembuat batik Malaysia untuk pasaran eksklusif dengan identiti tersendiri. Dari awal-awal lagi mereka berdua tidak mahu membuat batik biasa yang dijual di pasaran tradisonal, sebaliknya mereka mahu menghasilkan batik eksklusif berkualiti tinggi bagi golongan VVIP yang dijual di butik-butik ternama. Mereka mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama-jenama terkenal seperti Gucci, Versace, YSL, Guess dan lain-lain lagi. "Dari mula lagi kami mahu memartabatkan batik Malaysia. Kami memberanikan diri keluar daripada kebiasaan membuat batik, samada di segi kaedah membuatnya, design, corak, warna dan kegunaan. Kalau selama ini pembatik membuat batik menggunakan blok untuk mengecap batik, kami tidak mahu membuat batik cara tersebut. Noor Arfa Batek adalah pelopor kepada Batik Luki

Noor Arfa & House Of Jazaba Gegarkan Fashion Valet

Image
Industri fesyen berkait rapat dengan idea dan kreatif. Jadi, tidak hairan lah event ini banyak menghasilkan busana yang terkini dan moden selari dengan arus semasa. Event seperti ini penting bagi memastikan industri ini terus berkembang. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan pakaian tradisional kita. Bagi memartabatkan karya Batik ini penting untuk kita folllow selera pengguna. Kerana ia sering berubah dan akan terus berubah. Tapi, pada masa yang sama ia tidak menghilangkan identiti Melayu itu sendiri dalam Seni Batik. Dengan tagline “come and join us for most waiting collaboration with Noor Arfa Batik. A special collection in highlighting the modernization of Today’s Batik”. Ia pasti menjanjikan design-design yang awesome!  Jom layan gamabar kat bawah ni, Batik cantik-cantik!

Kolaborasi Noor Arfa & Sethandluna Cetus Karya Eksklusif

Image
Event ‘DARAMERA’ 2018 telah berlangsung baru-baru ini. Bertempat di The Oak Hall, Menara Obyu  Damansara Perdana. Cetusan idea dari kolaborasi Noor Arfa dengan Seth & luna ini menggabungkan karya klasik dan moden. Noor Arfa sekali lagi tampil hebat dalam industri fesyen masa kini. Mengikut trend terkini dalam fesyen bagi melahirkan karya klasik yang nampak eksklusif, mewah dan mahal. Hari ini kita dapat lihat design batik memang sudah tidak asing lagi dalam dunia fesyen. Terdapat pelbagai design fesyen yang terhasil dari kolaborasi hebat ini. Uniknya, semua design yang ada menggunakan elemen Batik dan Songket. Anda pasti rambang mata kalau lihat hasil tangan designer yang terlibat dalam kolaborasi hebat ini. Jom layan gambar di bawah ini!