Dari Seorang Peniaga Kuih Kepada Usahawan Batik Berjaya



Walaupun ramai ahli keluarga saya berniaga, tetapi tiada seorang pun yang terlibat dalam membuat batik. Dari kecil, sewaktu di sekolah lagi saya sudah membantu nenek dan mak saya menghantar kuih ke kedai sebelah pagi dan mengambil balik wang serta kuih yang tidak laku balik ke rumah sebelah petangnya.

Cita-cita saya adalah untuk menjadi jurutera ataupun arkitek. Tetapi cita-cita tidak kesampaian. Tiada rezeki. Selepas mendapat keputusan MCE pada tahun 1973, saya terus bekerja dengan Pusat Kemajuan Pertukangan Tangan (PKPT) di bawah MARA di Kuala Terengganu dalam bidang membuat batik. Inilah permulaan dunia saya bersama batik.

Sewaktu di PKPT saya menimba segala ilmu teknikal membuat batik dari jenis kain, membancuh warna, membancuh lilin, melukis corak, membuat blok, mencelup, merebus, mencanting, menggosok dan sebagainya.

Pendek kata saya menjadi mahir cara-cara membuat batik dari mula hingga akhir, termasuk juga di mana mendapatkan bekalan kain, warna dan lilin serta terlibat dalam pemasaran di mana saya kenal ramai pengusaha dan pembeli.

Sebagai tenaga pengajar, saya melatih ramai pelatih dari seluruh negara untuk menjadi pengusaha batik. Tetapi apabila saya lihat pada bekas pelatih saya, terlalu sedikit yang terlibat dalam perusahaan batik. Kebanyakannya bekerja di luar dunia batik setelah tamat kursus.

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menjadi pengusaha batik. Berputik cinta dengan Noor Hijerah telah memberi ilham untuk kami menyahut cabaran menjadi usahawan batik. Kami berdua telah menanam cita-cita untuk menjadi pengusaha yang berjaya setelah kami kahwin.




Comments

Popular posts from this blog

6 Cara Nak Kelihatan Yakin Ketika Berucap

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer