Dalam Tak Sedar, Anda Mungkin Seorang Pembunuh!
Boleh dikatakan sekarang berlaku lambakan batik Indonesia.
Terutamanya baju kemeja batik lelaki yang kini tengah viral di media-media
sosial. Kenapa kita nak agungkan produk batik luar sedangkan kita ada batik
Malaysia? Kita sendiri yang menyebabkan ia suram dan mungkin akan mati terus!
Lebih baik kita mengutamakan corak atau design batik Malaysia itu sendiri. Seni itu indah bila kita sendiri
yang mengindahkannya. Ini lah sebab utama Noor Arfa gerakkan kempen merancakkan
seni batik Malaysia. Kami mulakan langkah dengan memperbanyakkan corak atau design batik Malaysia.
Nama Noor Arfa memang sudah tidak asing lagi dalam industri
batik. Lebih 30 tahun dalam industri ini. Tanggungjawab memartabatkan seni
batik dipikul dengan penuh kosisten. Pelbagai cara Noor Arfa lakukan untuk merancakkan
seni batik Malaysia.
Perlu diingatkan yang Noor Arfa sedang memelihara batik
Malaysia dengan cara mengambil design-
design batik original dan
mencetak semula dengan banyak. Dan ini
adalah salah satu cara Noor Arfa menjaga seni warisan supaya terus
dilestarikan. Langkah ini penting bagi mempromosi semula batik asli Malaysia di
persada dunia.
Bagi menghasilkan produk batik dalan kuantiti yang banyak
ini, Noor Arfa telah menggunakan kaedah lukis, scan dan print. Menggunakan
mesin yang sama dalam industri tekstil untuk scan dan print design
atau corak batik yang dilukis oleh pembuat batik.
Noor Arfa ingin bersaing dalam industri Tekstil dengan
menggunakan teknologi terkini supaya batik ini terus relevan mengikut peredaran masa. Sebab untuk menghasilkan satu-satu
design dengan kuantiti yang banyak
memerlukan teknologi yang sama dengan tekstil iaitu scan dan print.
Noor Arfa juga telah menyediakan banyak peluang pekerjaan
kepada anak Melayu Terengganu khususnya. Di samping menjaga seni batik, Noor
Arfa juga telah melengkapkan misinya untuk sediakan peluang pekerjaan kepada
masyarakat. Sebab kesan yang timbul bila teknologi terkini digunakan ialah ia
memerlukan tenaga mahir untuk kendalikan operasi mesin tersebut.
Pada masa yang sama Noor Arfa tidak pernah sama sekali
‘melacurkan’ identiti seni batik original Malaysia. Malah, diangkat nilainya
dengan meletakkan Batik Canting di ruangan yang eksklusif dan premium. Sebab itu harga untuk produk
Batik Canting ini sedikit tinggi berbanding yang lain.
Noor Arfa menghargai karya pelukis Batik Canting ini di
landasan yang selayaknya. Kerana untuk menghasilkan batik jenis ini memerlukan
idea, kemahiran dan penilitian yang kuat. Tambah lagi Noor Arfa merupakan
pencetus kepada Batik Lukis di Malaysia dan produk pertamanya juga Kaftan Batik
Lukis yang dicanting sendiri oleh pengasasnya.
Comments
Post a Comment