5. PROFILE/ CONTACT US/ LOKASI


PROFILE NACC




Noor Arfa Crfat Complex atau lebih sinonim dengan singkatan nama popular NACC telah mula dibuka kepada umum pada 03 Januari 2008, namun perasmian sempena pembukaan kompleks ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 27 Jun 2008 (Khamis). Dengan tertubuhnya kompleks yang menelan belanja hampir RM 10juta, maka impian pengasas Noor Arfa iaitu Haji Wan Mohd Ariffin Bin Wan Long,PJK dan isteri iaitu Puan Hajah Noor Hijerah Binti Hanafiah telah tercapai untuk mempamerkan dan memasarkan produk keluaran Noor Arfa di bawah satu bumbung. Di kompleks ini pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis produk batik keluaran Noor Arfa seperti kemeja sutera, kain pasang sutera, kaftan, baju kurung sutera yang siap dijahit, kain batik sarung dan lain-lain lagi produk kraf tempatan yang popular.  Selain menjual produk batik, NACC turut menyediakan ruang demostrasi batik iaitu proses mencanting dan mewarna batik, proses membuat batik terap, serta beberapa produk kraf lain yang popular seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca yang di buat oleh meraka yang mahir di dalam bidang masing-masing. Jika ingin mencuba sendiri pengalaman mewarna batik anda boleh mencuba produk Do It Yourself yang turut disediakan di ruang demo dengan tunjuk ajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dengan bayaran serendah RM 15.00sehelai. Tidak hanya khusus pada produk batik, pihak NACC turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba membuat produk kraf lain seperti kraf anyaman, kraf wau dan kraf pembuatan blok berdasarkan harga semasa yang telah ditetapkan. Oleh itu, seandainya berminat dengan produk yang ditawarkan sila hubungi pegawai yang bertugas untuk mendapatkan keterangan dan penjelasan lanjut mengenai promosi terkini di NACC. 


MENGENAI KAMI

Noor Arfa Craft Complex terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, iaitu 70km dari bandar Dungun dan hanya 15km dari bandar Kuala Terengganu. Kedudukan kompleks Noor Arfa amat strategik dan senang untuk dikunjungi oleh pelanggan dari luar Terengganu mahupun pelancong asing dari luar Negara walaupun ianya kunjungan pertama anda
 Noor Arfa Craft Complex atau lebih sinonim dengan singkatan nama popular NACC telah mula dibuka kepada umum pada 03 Januari 2008, namun perasmian sempena pembukaan kompleks ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 27 Jun 2008 iaitu bersamaan hari Khamis. Dengan tertubuhnya kompleks yang menelan belanja RM 10juta, maka impian pengasas Noor Arfa iaitu Wan Mohd Ariffin B Wan Long,PJK dan isteri Noor Hijerah Bt Hanafiah telah tercapai untuk mempamerkan dan memasarkan produk keluaran Noor Arfa di bawah satu bumbung.
 NACC turut menyediakan ruang demostrasi batik iaitu proses mencanting, mewarna dan menerap, serta beberapa produk kraf lain yang popular seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca yang di buat oleh mereka yang mahir di dalam bidang masing-masing. Jika ingin mencuba sendiri pengalaman mewarna batik anda boleh mencuba produk Do It Yourself yang turut disediakan di ruang demo dengan tunjuk ajar oleh guru yang berpengalaman.
 


 Kompleks NACC beroperasi 7 hari seminggu dan dibuka dari jam 8.30pagi hingga 6.30petang


  Selain menjual produk batik, NACC juga turut menjual pelbagai jenis produk batik dan kraftangan usahawan-usahawan kecil melalui program 4PU iaitu Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan. Maka jika anda berkunjung ke NACC, semua produk yang ingin dimiliki untuk dijadikan cenderamata atau kenangan dan sebagai koleksi peribadi boleh didapati disini tanpa perlu ke tempat lain


 HUBUNGI KAMI




Noor Arfa Craft Complex (NACC)  terletak di Lot 4153, Kawasan Perindustrian Chendering 21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Kami mempunyai ruang letak kereta yang mencukupi, responsible runcit, KELAS BATIK, Gallery,dan BILIK EKSKLUSIF untuk tetamu kami.
 Business hour:- Sunday – Saturday 8.30 am – 6.30 pm
  Just call us at:-
                         Tel: 09-6179700
                          Fax: 09-6179701
 Email     : nacc@noor-arfa.com.my, marketinghq@noor-arfa.com.my, ismanisa@noor-arfa.com.my
FB           : www.facebook/NoorArfaCraftComplex
Blog       : noorarfacraftcomplex.blogspot.com




LOKASI KE NOOR ARFA CRAFT COMPLEX

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan