Posts

Showing posts from January, 2019

Kerana 5 Juta, Mat Dan Jual Nama Terengganu

Image
  Ariffin (dua dari kiri)  menyambut ketibaan penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus pagi tadi. Kerajaan negeri Terengganu meletakkan sasaran kehadiran pelancong ke Terengganu seramai lima juta orang tahun ini walaupun ia satu cabaran besar untuk mencapainya.    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Ustaz Ariffin Deraman berkata,  mulai bulan ini kerajaan negeri menggerakkan promosi pelancongan  dengan perancangan sebaik mungkin kerana walaupun sasaran tinggi tetapi ia menasabah untuk dicapai.    "Kalau semua 'player' industri pelancongan termasuk pihak berkuasa tempatan memberikan sokongan dan memainkan peranan masing-masing bersama Duta Pelancongan Terengganu,  Mat Dan, sasaran tersebut tidak mustahil boleh dicapai, " katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata,  cabaran kemeroso