KENALI KAMI



INFORMASI


Noor Arfa Craft Complex NACC dikenali sebagai Batik Pavilion Terbesar Malaysia! Penjenamaan ini hasil inspirasi dari jumlah vendor batik yang terdapat di Kompleks itu sendiri. Sebanyak 70 jenama batik di bawah bumbung NACC yang mewakili 70 vendor. Dalamnya terdapat Batik Mall yang sungguh eksklusif dan juga ruangan Bilik Premier untuk pakaian golongan atasan dan sederhana.

Terletak di Kawasan Perindustrian Chendering, iaitu 70km dari bandar Dungun dan hanya 15km dari bandar Kuala Terengganu. Kedudukan kompleks Noor Arfa amat strategik dan senang untuk dikunjungi oleh pelanggan dari luar Terengganu mahupun pelancong asing dari luar Negara walaupun ia merupakan kunjungan pertama anda.

Mula dibuka kepada umum pada 03 Januari 2008, namun perasmian sempena pembukaan kompleks ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 27 Jun 2008 iaitu bersamaan hari Khamis. Dengan tertubuhnya kompleks yang menelan belanja RM 10juta, maka impian pengasas Noor Arfa iaitu Wan Mohd Ariffin B Wan Long dan isteri Noor Hijerah Bt Hanafiah telah tercapai untuk mempamerkan dan memasarkan produk keluaran Noor Arfa di bawah satu bumbung.

Kompleks ini turut menyediakan ruang demostrasi batik iaitu proses mencanting, mewarna dan menerap, serta beberapa produk kraf lain yang popular seperti tenunan, anyaman, pembuatan blok dan kraf kaca yang dibuat oleh mereka yang mahir di dalam bidang masing-masing. Jika ingin mencuba sendiri pengalaman mewarna batik anda boleh mencuba produk Do It Yourself yang turut disediakan di ruang demo.


WAKTU OPERASI

  • Sabtu & Ahad              8.30 am - 6.30 pm
  • Isnin Sampai Khamis  8.30 am - 6.00 pm
  • Jumaat                        8.30 am - 5.30 pm


HUBUNGI KAMI

            Tel    : 09-6179700
            Fax: : 09-6179701


            Email : editor@noorarfa.com
                        marketingnoorarfa@noorarfa.com

            Facebook : Noor Arfa Craft Complex
            Blog          : www.noorarfa.com



LOKASI KE NOOR ARFA CRAFT COMPLEX


VIDEO NOOR ARFA CRAFT COMPLEX

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

6 Cara Nak Kelihatan Yakin Ketika Berucap