Posts

Showing posts from October, 2018

5 Kesalahan Usahawan Baru Akan Lakukan

Image
Hye, buat apa semua tu? Harap dalam keadaan baik semuanya. Mesti ada diantara kita yang minat berniaga kan? Saya ada tip baik nak share dengan anda semua. Tips ini amat berguna untuk mereka yang baru sahaja nak mula berniaga. Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka akibat ilmu pengurusan perniagaan yang kurang. Kegagalan ini tercetus akibat tidak pandai mengurus dengan baik ataupun tidak tahu mengurus perniagaan. Orang nak berniaga, kita pun nak berniaga tetapi ilmu yang tidak mencukupi akan mengundang kepada kelonggaran dalam menjana keuntungan perniagaan sekaligus membawa ke lembah kerugian. Mereka yang gagal mengurus sebenarnya merancang untuk gagal. Walaupun rancangan pengurusan dalam perniagaan telah dibuat dengan teliti tetapi ianya hanya tinggal menjadi angan-angan mat jenin akibat tidak konsisten dengan perancangan awal. Berikut adalah disenaraikan beberapa punca yang menyebabkan perni

6 Faktor Usahawan Gagal Capai Target

Image
Hye semua! Hari ni saya nak share pasal bisnes ya. Ilmu ini boleh dapat di mana-mana sebenarnya. Lagi-lagi kalau anda pergi seminar perniagaan. Banyak sifu yang berpengalaman share pengalaman dan tip untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tapi hari ini mood saya tengah happy ni, saya belanja anda semua berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan cabaran menjadi usahawan. Ia lebih kepada faktor-faktor yang menyebabkan anda gagal mencapai target yang diinginkan. Bertahun-tahun bisnes. Pelbagai strategi dan teknik telah digunapakai dalam bisnes tetapi mengapa bisnes tetap di tahap yang sama? Apa yang tidak kena dengan bisnes anda atau sebenarnya berpunca daripada anda sendiri? Sedar atau tidak ada ramai pemilik bisnes yang telah membuang masa dengan melakukan perkara berikut. Jom kita lihat apakah faktor-faktor itu! 1 Multitasking Walaupun ramai yang mengatakan bagus sekiranya anda mampu menjadi ‘multitasking’, hakikatnya ‘multitasking’ menjadikan hasil kerja anda a

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan

Image
Hye semua, hari ni kita ubah topik pula ya. Memandangkan saya belum kahwin ni. Apa kata saya share tips memilih barang hantaran pula kan?Hehe. Saya tahu mesti ada anak bujang dan anak dara yang tengah buat persiapan kahwin ni. Macam saya tak ada calon lagi ni. Saje nak buat persiapan dulu. Mana tahu jodoh sampai dalam masa terdekat ni kan? Jodohkan rahsia tuhan, hanya tuhan yang tahu. Eh, itu lirik lagu. Haha. Okey, jom kita layan tips ni dulu. Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak untuk proses pertunangan dan juga perkahwinan. Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya, jangan risau saya akan kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk anda. Tips memilih barang hantaran 1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa

10 Makanan di Terengganu Yang Buat Anda Meleleh

Image
Siapa sini yang kaki makan? Suka try makanan baharu? Anda dikehendaki datang ke Terengganu!Hehe Terengganu? Bila cerita sahaja pasal makanan negeri penyu ini, ramai yang akan terbayang keropok lekor. Ya! Keropok lekor di Terengganu memang popular, tapi terlalu biasa kalau nak  dikeropokkan!  Jadi apa kata kita tinjau beberapa lagi makanan  famous  di Terengganu yang bikin air liur kawan anda meleleh. Kalau anda sediri pun masih belum pernah rasa, kami sangat mencadangkan anda mencuba. Serius sedap gila! 1. Ketupat Sotong Ada sedikit pertelingkahan pendapat mengenai ketupat sotong, adakah makanan ini berasal dari Kelantan atau Terengganu? Tapi ini bukan isu besar sebenarnya, yang penting rasa ketupat sotong ini memang sedap, jadi kita makan sahaja. Ketupat sotong memang popular di Terengganu, biasanya disaji ketika makan tengah hari. Anda patut cuba rasa kelazatanan ketupat sotong ini jika berkunjung ke Terengganu. Sotong padat berisi pulut di dalamnya dengan rasa k

Dekati Haiwan Untuk Kesihatan

Image
Ramai yang tidak sedar bahawa membela haiwan peliharaan bukan sekadar memenuhi masa terluang atau dijadikan hobi, hakikatnya aktiviti itu mampu menjadi terapi kepada pelbagai masalah kesihatan terutama kepada golongan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, austime dan sindrown down. Namun, masih ramai di kalangan ibu bapa tidak menyedari manfaat daripada membela haiwan peliharaan kepada kanak-kanak dalam membentuk sahsiah, mendidik serta merangsang emosi mereka secara lebih praktikal.   Hal ini kerana, kewujudan pelbagai jenis gajet elektronik seperti telefon pintar dan tablet yang disifatkan mesra pengguna (friendly user) dilihat menjadi medium pilihan utama golongan ibu bapa ketika ini yang seolah-olah meminggirkan kaedah semula jadi dalam mendidik anak-anak. Malah ada satu ketika dahulu, wujud satu permainan yang bukan sahaja membolehkan kanak-kanak membela haiwan peliharaan mereka di alam maya malah bole

NACC Batik Pavillion Terbesar di Malaysia

Image
Anda semua pernah dengar ke NACC Batik Pavillion?hehe. Kami telah membuat penjenamaan semula NACC sebagai pusat Batik Pavillion Terbesar di Malaysia. Langkah ini diambil bagi mengembangkan lagi sayap kami dalam industri batik Malaysia khasnya dan di dunia amnya. Kenapa kami gelarkan Batik Pavillion Terbesar di Malaysia? Anda kena datang sendiri tengok bagaimana kami beroperasi! Kami memiliki satu kompleks yang besar di mana dalamnya terletak Batik Mall yang sungguh eksklusif, kami mempunyai ruangan Bilik Premier untuk barangan pakaian golongan atasan dan sederhana. Pendek kata, kalau anda mencari produk atau item berkaitan batik, NACC lah tempatnya! Anda tidak perlu ke tempat lain. Kami menyediakan 1001 produk batik! Kami nak jadikan NACC tempat pertama di Terengganu yang patut dikunjungi oleh pelancong dari dalam negara atau pun luar negara. Kami nak bersaing dengan Pasar Pa….! Tapi berlawan secara sihat lah. Biar selepas ini, pelancong datang ke NACC dulu baru pergi k