NACC Batik Pavillion Terbesar di Malaysia


Anda semua pernah dengar ke NACC Batik Pavillion?hehe. Kami telah membuat penjenamaan semula NACC sebagai pusat Batik Pavillion Terbesar di Malaysia. Langkah ini diambil bagi mengembangkan lagi sayap kami dalam industri batik Malaysia khasnya dan di dunia amnya.

Kenapa kami gelarkan Batik Pavillion Terbesar di Malaysia? Anda kena datang sendiri tengok bagaimana kami beroperasi! Kami memiliki satu kompleks yang besar di mana dalamnya terletak Batik Mall yang sungguh eksklusif, kami mempunyai ruangan Bilik Premier untuk barangan pakaian golongan atasan dan sederhana.

Pendek kata, kalau anda mencari produk atau item berkaitan batik, NACC lah tempatnya! Anda tidak perlu ke tempat lain. Kami menyediakan 1001 produk batik! Kami nak jadikan NACC tempat pertama di Terengganu yang patut dikunjungi oleh pelancong dari dalam negara atau pun luar negara.

Kami nak bersaing dengan Pasar Pa….! Tapi berlawan secara sihat lah. Biar selepas ini, pelancong datang ke NACC dulu baru pergi ke Pasar Pa….. hehe. Tapi yang pasti, NACC lebih kondusif, sebab kami mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Suasana di NACC suasana Mall taw! Ada aircond lagi. Hehe. Keselesaan anda keutamaan kami!

Kami berada di Noor Arfa Craft Complex (NACC) yang terletak di kawasan perindustrian Chedering, Terengganu. Sebenarnya, NACC  ini telah dirasmikan pada 26 Jun 2008. Perasmian NACC disempurnakan oleh YDPA Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.
Nah, kami belanja gambar untuk anda semua, jangan lupa datang taw! Nak pergi mana? Mana lagi kalau bukan NACC Batik Pavillion Terbesar di Malaysia! Hehe. Jangan lupa hashtag kami!





































#NACCBatikPavillionTerbesarMalaysia
#70JenamaBatikDiBawahSatuBumbung


Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan