Noor Arfa Mahu Setanding Dengan Gucci & Guess

Berani. Inilah istilah yang sesuai bagi pemilik Noor Arfa Batik. Jika tidak kerana keberanian Wan Ariffin bersama isterinya, Noor Hijerah tidak mungkin lahir sebuah syarikat pembuat batik Malaysia untuk pasaran eksklusif dengan identiti tersendiri. Dari awal-awal lagi mereka berdua tidak mahu membuat batik biasa yang dijual di pasaran tradisonal, sebaliknya mereka mahu menghasilkan batik eksklusif berkualiti tinggi bagi golongan VVIP yang dijual di butik-butik ternama. Mereka mahu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama-jenama terkenal seperti Gucci, Versace, YSL, Guess dan lain-lain lagi. "Dari mula lagi kami mahu memartabatkan batik Malaysia. Kami memberanikan diri keluar daripada kebiasaan membuat batik, samada di segi kaedah membuatnya, design, corak, warna dan kegunaan. Kalau selama ini pembatik membuat batik menggunakan blok untuk mengecap batik, kami tidak mahu membuat batik cara tersebut. Noor Arfa Batek adalah pelopor kepada Batik Luki...