1. FACTORY OUTLET CENTRE (FOC)


JUALAN PENGHABISAN STOK (FOC)











Pusat Pengedaran Barangan Terus Daripada Kilang (Factory Outlet Centre)




Factory Outlet Centre atau F.O.C ialah sebuah galeri jualan pakaian-pakaian siap yang dibawa terus dari kilang pengeluar produk berjenama dunia. Oleh kerana produk-produk tersebut tidak mencapai kualiti piawaian yang telah ditetapkan maka ianya dijual secara pukal kepada pengusaha-pengusaha yang berminat.

Walaupun ianya tidak menepati piawaian sesebuah syarikat terbesar pakaian tersebut masih berkualiti dan diyakini dalam keadaan baik serta boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat. Pakaian-pakaian yang dijual di kedai F.O.C dibeli dari pengusaha di Indonesia dan juga Bangladesh.

Oleh itu untuk menampung jumlah stok yang akan diterima untuk dijual di galeri F.O.C maka sebagai langkah permulaan F.O.C telah menyewa tapak jualan di tingkat bawah bangunan Noor Arfa Craft Complex yang telah diubahsuai menjadi sebuah galeri jualan yang dahulu ialah ruang demo NACC. Syarikat yang mengendalikan F.O.C ialah dibawah pengurusan Wan Mohd Azwan Bin Wan Mohd Ariffin.

Factory Outlet Centre yang beroperasi ini akan diperkenalkan kepada umum dengan panggilan F.O.C. Galeri jualan F.O.C yang dibuka begitu bersahaja (simple) tapi menarik, bersih dan kemas serta teratur susunan barangan jualan yang akan dijual. Manakala tema pakaian seragam F.O.C ialah pekerja hendaklah berpakaian seluar slack berwarna hitam kemeja/blouse berwarna putih serta bertudung hitam.  

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan