5 Cara Protect Dari Bankrap Dalam Perniagaan




Anda tahu kan, kalau kita berniaga banyak rezeki yang menunggu kita. Selagi perniagaan kita di landasan yang betul mengikut syariat, In sya Allah tuhan tolong. 

Dibantu pula dengan plan perniagaan yang sistematik, kuat mental dan fizikal, berani menanggung risiko dan ini semua merupakan perasa dalam perniagaan tersebut.

Seorang pemegang ijazah muda perniagaan dengan modal yang cukup berhajat untuk berniaga. Tetapi, baru setengah pengal dalam berniaga, sudah mengalami kerugian. Kemudian, bangkit lagi dengan produk baru.

Kali ini kena tipu dengan pengilang. Belum serik, cuba lagi dengan pelbagai strategi yang dipelajari waktu di universiti. Akan tetapi tetap mengalami kerugian. Akhirnya terduduk , tangan didahi, hutang sana sini. Pernah tak anda lalui semua ini?

Kadang-kadang ada yang mencuba berpuluh-puluh perniagaan sekalipun tetap rugi. Bermacam – macam kaedah dirancang tapi kegagalan yang asyik diraih. Syabas untuk anda yang pernah jatuh tersungkur tanpa serik dek kerana kekentalan jiwa untuk berniaga.

Bagaimana pula yang hanya sekali acah-acah berniaga, tapi sales meletup? Ada tak? Tidak mustahil ia memang terjadi tapi jarang-jarang. Pendek kata, kena bersakit-sakit dahulu, kemudian bersenang- senang kemudian.

Macam mana yang acah-acah berniaga boleh berjaya sedangkan mereka bukanlah graduan daripada mana-mana university atau kolej. Berpegang pada sijil rendah pelajaran sahaja mampu berjaya. Dek kerana merasakan diri kurang pandai dalam hal perniagaan, mereka lebih mudah menerima tunjuk ajar daripada orang yang berpengalaman.

1-Buang Ego Dan Syok Sendiri

Anda wajib buang perasaan ego dan syok sendiri dalam diri. Disebabkan 2 perkara ini, kita merasakan diri sentiasa hebat, tahu serba-serbi. Melaburlah sedikit untuk ilmu perniagan seperti bengkel Sifufbads, Roket Emel dan banyak lagi kelas formula bisnes.

Jika kesempitan wang, anda boleh memilih untuk menyertai kelas daripada MDEC, Magic yang menyediakan platform yang sama. Mereka sangat suka untuk berkongsi ilmu perniagaan dan menjadikan anda lebih berjaya.

Gabungkan apa yang dipelajari di universiti dengan ilmu daripada bengkel pengajar di luar. Tidak rugi pun malahan banyak sangat yang akan dipelajari dan dipraktiskan. Bukan sahaja ilmu pemasaran, malah pengurusan syarikat dan kewangan. Lakukanlah sekarang!

2-Jauhkan Daripada Semua Jenis Pelaburan Segera

Kalau dulu skim cepat kaya yang mula diperkenalkan dan menjadi isu hangat bila ada yang jadi OKB dan ada juga yang tinggal sehelai sepinggan kerana ditipu. Ingatkan dah serik. Rupanya makin banyak tumbuh macam cendawan selepas hujan.

Semuanya sebab nak kaya dengan cepat. Maka, inilah jalan terbaik untuk menjadi jutawan segera dengan modal kecil tapi keuntungan 3 kali ganda. Melabur rm100, pulangan rm300 secara konsisten selama  12 bulan.

Kemudian boleh top up untuk pulangan lagi besar. Siapa yang tak nak kan? Sebaik sahaja upgrade pakej baru, masuk bulan ke 5, tiba sistem kena upgrade, pulangan kena tunggu, lewat berbulan-bulan,website pun hilang, tuan tuan tanah sekali lesap.

Terduduk lagi sekali. Fikir nak selesaikan pinjaman bank, cagar tanah,emas untuk pelaburan. Pulangan yang dijanjikan kononnya untuk tambah modal perniagaan. Sekali menjadi beban.

Sekarang ini, mereka mensasarkan pelajar-pelajar universiti kerana senang untuk dipengaruhi menggunakan pinjaman pengajian yang diberikan. Nasib tak baik, semua pinjaman dilabur lesap satu sen tak dapat.

Tetapi ada yang masih belum serik dan masih berani untuk mengambil risiko. Majlis Fatwa kebangsaan dah menfatwakan  pelaburan ini haram kerana tidak mengikut hukum syarak. Pelaburan ini yang bersifat penipuan, gharar,riba,dan judi.

Tiada jalan singkat untuk menjadi kaya.buang angan-angan kosong menjadi jutawan segera melalui pelaburan haram ini. Hentikan pelaburan ini. Banyak lagi cara yang halal unutk menjadi kaya. Setiap kemahuan, anda harus bijak tentukan.

3-Elak Jenis Pinjaman Ketika Mulakan Perniagaan

Modal adalah menjadi faktor utama untuk memulakan perniagaan. Modal besar atau kecil tetap memerlukan sumber kewangan. Cara mudah buatlah “easy loan “ dengan mana-mana bank yang banyak menawarkan pakej menarik. Memang sangat mudah. Tidak perlu tunggu lama untuk menerima duit.
Hanya membawa kad pengenalan dan statement KWSP, nah duit sudah dikreditkan dalam akaun anda. Wah, gembira bukan kepalang. Kalau bisnes beroperasi dengan baik, tersusunlah pembayaran kalau tidak? Mana mahu menggagau mencari duit?

Pinjam duit Ah Long hanya tambah masalah bukan selesaikan. Silap-silap satu keluarga terima padah.

Jangan obses untuk cepat kaya. Cuba menapak pelahan-lahan .Ibarat bayi yang kecil belajar untuk berjalan. Kenapa sakitkan kepala mencari sumber kewangan yang besar?

Apa kata cuba pinjam dengan ahli keluarga terdekat. Untung kalau mereka turut membantu. Kalau yang berkeluarga sederhana mungkin agar sukar untuk memperolehi dana. Tapi jangan putus asa. Ramai “jutawan online” diluar sana memulakan dengan perniagan kecil kecilan.

Mula berniaga tanpa modal. Tanpa modal? Bunyi macam tak logik. Budak-budak sekolah mampu buat.Kenapa kita tidak? Buat saja “ dropship”. “No money, can talk” . Maksudnya tak ada modal, tapi kena rajin berkomunikasi menggunakan media sosial.

Menjual produk dengan untung atas angin. Produk terjual, duit pun dapat. Upah yang dapat dikumpulkan dan boleh upgrade kepada agen atau stokis. Nah, nampak tak perjalanannya? Dropship kepada agen, kemudian stokis.

Belajar bagaimana memulakan perniagaan melalui pembukaan stokis. Bermodalkan duit sendiri, anda pasti berpuas hati untuk mencipta jenama sendiri satu hari nanti. Yang penting, anda bebas daripada hutang.

4-Belajar Merendah Diri

Satu hari nanti anda sudah berjaya, jangan mudah bertukar menjadi orang lain. Setiap kejayaan yang Allah hadiahkan itu adalah ujian. Lagi banyak kekayaan, lagi banyak ujian. Orang kata “tangan emas Midas”. Sentuh apa pun,semua menjadi duit. Elakkan daripada sikap bermegah-megah.

Walaupun perniagaan anda sudah besar, stabil dan mempunyai ramai pelanggan tetap, sentiasa merasakan rendah diri. Kejayaan anda hari ini disebabkan Allah yang menggerakkan hati pelanggan anda datang membeli dan menyokong anda.

Sentiasa mahu menerima teguran untuk menambahbaik perniagaan.

Jangan terlalu gembira dengan menerima pujian yang boleh menimbulkan rasa riak, cepat berpuas hati, hebat dan terbaik. Anda tidak tahu mungkin satu hari nanti anda akan jatuh kembali lebih teruk daripada waktu memulakan perniagaan dek termakan pujian hingga memakan usaha untuk kekal berjaya.

5-Kawal Transaksi Kewangan 

Duit masuk banyak bukan penentu menjadi ada seorang yang kaya dan berjaya. Lagi banyak untung, lagi banyak keluar.Akhirnya, tanpa sedar jatuh muflis. Setiap sen keuntungan yang diperoleh harus dikawal dan diuruskan dengan betul.

Ikut perbelanjaan yang telah ditetapkan. Selesaikan apa sepatutnya didahulukan. Letak tepi dulu bab berlibur. Pastikan kewangan tidak bolos dan bocor. Anda kena kuat dan berdisiplin melihat nilai angka dalam akaun syarikat.

Ingat! Itu bukan duit anda walaupun anda pemilik tunggal syarikat, anda adalah pekerja kepada syarikat anda sendiri dan pemberi makan gaji.

Sebagai muslim, keutamaan keuntungan wajib dikongsi dengan asnaf dan golongan yang memerlukan. Zakat tidak akan memiskin anda malah diberi kerahmatan dan rezeki mencurah-curah.

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”-An nur : 56

Belanjawan lain yang harus diselesaikan seperti cukai, caruman dan gaji pekerja, insurans, kos overhead dan sebagainya. Bagaimana pentingnya pengurusan kewangan syarikat ini supaya anda boleh merancang untuk sasaran perniagaan akan datang.

Seorang usahawan yang berjaya adalah sentiasa mempunyai perancangan perniagaan akan datang. Senaraikan apa yang anda akan jayakan untuk penggal ke 5 perniagaan.

Andaikata anda ingin memperluaskan empayar membuka beberapa cawangan, telitikan kos peruntukkan yang akan digunakan. Ketepikan sejumlah simpanan sekarang untuk pelaburan akan datang.

Sudah jadi satu trend masa kini, bila usahawan online yang sedang meningkat naik mudah terdorong membeli kereta mewah , melancong sana sini. padahal perniagaanya baru saja memperolehi keuntungan cukup-cukup makan.

Tak salah membeli kereta mewah atau berlibur. Tapi apa salahnya keuntungan tahun pertama itu jangan diliburkan dahulu. Laburkan untuk perkembangan perniagaan anda. Biar jadi miskin sebelum kaya bukan kaya sebelum miskin.

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan