5 Persoalan Jika Mahu Kahwin Muda





Kahwin? Perkara biasa dalam kitaran manusia. Tapi, yang menjadi luar biasa adalah bila sesorang itu kahwin di usia muda. Pasti menjadi bualan hangat dalam masyarakat. Sebab bagi masyarakat kita, kahwin muda ni banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan kan? Jom kita kupas pasal kahwin muda ni. Layan!  

Jangan salah faham, isu kahwin muda yang bakal dibincangkan di sini tiada kena mengena dengan perkahwinan bawah umur ya. Untuk lebih jelas, kahwin muda di sini adalah perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia seawal 20-an. Jadi apakah berkahwin muda jalan yang paling tepat untuk dipilih? Jika anda masih keliru, jangan risau, saya ada sedikit panduan untuk dikongsi.

1. Ada Orang Yang Menemani Sepanjang Hidup
Untungnya bila berkahwin muda, dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuknya, dari dulu sampai sekarang semua memori berharga dapat dikongsi bersama!

 2. Hidup Belum Ada Arah Tujuan?
Meskipun ramai yang bingung dengan keadaan hidup yang masih belum terurus kerana masing-masing baru hendak kenal hidup, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat sebenarnya. Kamu dan pasangan yang baru berkahwin sepatutnya perlu duduk dan berbincang.
 Cari jalan untuk meneruskan hidup dengan cara terbaik. Inilah masanya untuk kamu dan si dia mula menjadi matang dan belajar berdikikari dalam bahtera perkahwinan yang baru dibina.

 3. Struktur Kewangan?

Kekangan untuk pasangan muda berkahwin adalah kerana kewangan yang masih belum stabil. Namun jika kamu cukup bijak, dengan pendapatan yang sedikit itu apabila digabungkan bersama pendapat pasangan, kamu sebenarnya boleh berjimat dan dalam masa yang sama merangka perbelanjaan cara baharu yang melibatkan kedua-dua belah pihak.

Baik bayaran bil mahupun duit sewaan rumah dan perbelanjaan asas harian seperti makanan umpamanya, kamu dan pasangan boleh bergilir-gilir dan membahagikan tanggungjawab masing-masing. Sambil itu, boleh wujudkan tabung kecemasa untuk simpanan akan datang.

4. Persediaan Mempunyai Anak?
Inilah untungnya bila berkahwin muda. Anak-anak akan cepat membesar seiring dengan kemampuan diri kamu. Keadaan kamu yang masih muda sudah tentu mampu melayan karenah anak bahkan bisa membesarkan mereka dengan segala macam nikmat kerana kamu masih mampu bekerja dan membiayai keperluannya secukup mungkin.

5. Tak Bosan Ke Terhadap Pasangan?

Memanglah kamu sudah mengenalinya sejak bertahun lalu. Bila dah kahwin kamu pasti mahu hidup sehingga tua dengannya. Ramai bertanya apakah seseorang itu tidak akan bosan terhadap pasangan yang sudah terlalu lama dikenalinya itu? Tidak sama sekali.

Asalkan keduanya pandai menyeimbangkan situasi dalam rumah tangga, tidak mengabaikan keperluan seksual pasangan serta bijak menggunakan emosi untuk mengambil hati pasangan, perasaan bosan tidak akan wujud pun. Menurut kajian, pasangan yang sudah kenal sejak dari bangku sekolah dan kemudian berkahwin kurang berisiko untuk bercerai bahkan dikatakan lebih bahagia tau!

Walau apa pun, sesebuah hubungan memerlukan tindak balas dari kedua-dua pasangan. Ia memerlukan masa dan usaha dari kedua belah pihak dan barulah kebahagiaan akan tercipta. Pada yang nak berkahwin tak lama lagi tu, saya mengucapkan selamat pegantin baharu! Semoga bahagia sampai syurga.

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan