Songket Tempatan Kalah Harga Menang Kualiti



Hye semua, sihat tak tu? Hari itu saya ada terbaca satu berita dalam akhbar tempatan. Nak tahu tak pasal apa? Haaa, pasal songket! Saya rasa terpanggil untuk share dengan anda sekalian tentang hal ini. Saya tak boleh kalau melibatkan warisan Negara ni, jadi semangat lebih. Hehe.

Berita ini membincangkan tentang kegusaran pihak berwajib berkenaan banyaknya produk songket dari luar Negara yang sekaligus akan menegelamkan produk tempatan kita. Tambah lagi mereka menjual dengan harga yang jauh lebih murah dari produk tempatan.

Kalau fikir logik, memang lah diorang boleh jual murah sebab diorang guna mesin, dalam masa satu hari je boleh siap! Tapi kualiti memang jauh beza dari songket tempatan yang lebih halus dan makan masa satu bulan paling cepat untuk siap sehelai kain songket.

Jom kita layan berita ini dulu. Biar kita tahu keadaan semasa macam mana kan? Tapi masyarakat kita pun kena mainkan peranan yang penting jugak. Kalau tak ada permintaan yang tinggi mana nak datang songket dari luar Negara.

Lambakan songket dari Negara luar mampu membunuh industri songket tempatan itu turut diakui Kraftangan Malaysia.

Pengerusi Kraftangan Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan mengakui pihaknya menyedari ancaman itu, namun mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak.

“Kita (Kraftangan Malaysia) memang sedar bahawa kebelakangan ini ada ancaman songket terutama dari India dan Pakistan, tetapi kami tiada kuasa untuk menghalang, merampas dan mengambil produk itu.

 “Perniagaan yang dibuat adalah secara telus dan tidak menyalahi undang-undang, sebab itu kita mengambil langkah awal dengan menyarankan penjual melabelkan keaslian keluaran produk, “ katanya kepada pemberita di Majlis Perjumpaan Usahawan Kraftangan Negeri Terengganu.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Kraftangan Malaysia, Shahrudin Mohd Nor dan Pengarah Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Khairul Hafizi Naharuddin.

Tambah Sohaimi, sebagai langkah awal mencegah penjualan songket dari negara luar, Kraftangan Malaysia tidak membenarkan songket itu dijual oleh usahawan tempatan di gerai-gerai jualan sekiranya jabatan itu menganjurkan promosi kraf.

“Saya juga ingin menasihati pembeli supaya berhati-hati dengan songket tiruan dan penjual dilarang mengambil kesempatan mengatakan ianya songket dari dalam Negara (asli),” katanya.

Sementara itu, penjualan kraftangan di Terengganu antara penyumbang terbesar iaitu RM45 juta daripad RM293 juta pendapatan kraftangan Negara.

Dalam pada itu, Kraftangan Malaysia mengalu-alukan kerajaan negeri untuk bekerjasama mewujudkan lebih ramai usahawan kraftangan khususnya di luar Bandar.


Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

8 Tips Pilih Barang Hantaran Perkahwinan