Pelamin Air Mata, Jumpa Adib Di Syurga




Yang tinggal hanya ‘pelamin air mata’. Moga kita disatukan semula di syurga. Majlis perkahwinan Adib dan Najihah kini sekadar impian.

Dua gambar kad jemputan perkahwinan yang dikatakan milik anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dan pasangannya tular di media sosial sebaik berita mengenai kematian Allahyarham di Institut Jantung Negara diketahui umum.



Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan kad-kad tersebut namun ia tetap mengundang kesedihan di kalangan netizen.

Umum mengetahui, majlis perkahwinan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya itu sepatutnya dilangsungkan pada Sabtu ini bersama tunangnya Nurul Najihah Mohd. Radzi, 25, di Alor Setar, Kedah.

20 hari bertarung nyawa selepas mengalami kecederaan parah di bahagian paru-paru akibat dipukul oleh perusuh dalam kejadian tragedi rusuhan di Kuil, USJ 25. Namun, Allah nyata lebih menyayanginya dan beliau pergi bersama dengan kesedihan seluruh rakyat Malaysia.

Sedih bila baca kisah luahan hati tunang Adib, Nurul Najihah yang merayu agar tunangnya itu bangun dan kuat menghadapi dugaan.

Ternyata impian perkahwinan pasangan ini yang sepatutnya diijabkabulkan pada Disember ini hanya tinggal kenangan.

Trgedi rushan Kuil, USJ 25 pada 26 November lepas telah memberikan impak besar kepada kehormonian perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Lebih 30 orang terdiri dari pelbagai kaum sudah didakwa.

Termasuk empat lelaki berbangsa India yang menghadapi tuduhan memukul Muhammad Adib di bawah Kanun Kesksaan.

23 buah kenderaan dibakar dan dipecahkan malah rsuhan itu mendatangkan ketakutan kepada rakyat Malaysia.

Dua hari lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas memaklumkan sebagai jalan penyelesaian bagi isu kuil ini, pihak Kuil Sri Mahariamman perlu memulangkan tanah selain wang RM1.5 yang sudah diberikan oleh pihak pemaju One City kepada mereka.

Majistret Nurshahirah Abd Salim di Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membnuh. Pada prosiding itu, mereka diwakili peguam Sri Threren.

Comments

Popular posts from this blog

7 Cara Berkesan Menangi Hati Customer

6 Cara Nak Kelihatan Yakin Ketika Berucap